JK1M 10. Result yang membanggakan!! - Afiz Latif

Post Top Ad

JK1M 10. Result yang membanggakan!!

JK1M 10. Result yang membanggakan!!

Share This


Alhamdulillah, Program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M 10 ) telah melabuhkan tirai pada sabtu lepas. 
Pelbagai perasaan bercampur aduk pada sesi terakhir


  • GEMBIRA
    • Nak tahu berapa banyak penurunan dari minggu pertama hingga minggu 6. 
  • NERVOUS
    • Setiap kali kelas perlu timbang, tapi sesi yang terakhir ni nervous sikit sebab minggu sebelumnya banyak Food Review, haha makan memang ada langgar pantang larang yang coach ajar
  • SEDIH
    • Sebab kelas terakhir, so maybe lepas ni susah nak jumpa teammate lain dan coach = (
  • MENGANTUK
    • Semalam tido lewat siapkan kerja


Sampai sampai je kat kelas, as usual, kitorang kena lari 2.4 KM ( bawah 25 min) . Memang berkobar kobar lah lari masa tu sebab nak bakar banyak sikit kalori, sebelum timbang berat untuk kali terakhir. Nak dijadikan cerita, Allah memang beri apa kita fikir. Instead lari 2.5 km ( 3 round ) , saya end up lari 5KM ( 6 round ) . Sebabnya, apps Runkeeper tak detect location. Rasa dah lari lama, tapi baru 500 meter. Rasa macam tak logik pun ada. 

Tapi sebab takut coach tanya kenapa tak buat abis, gagahkan jugak diri lari , sampai 30 min tengok tengok baru 900 meter. Haha.....sah memang rosak. Tengok tengok kawan kawan semua dah tak ada. Semua dah masuk kelas. Apa lagi, masuk je la kelas. Tau tau memang dah dekat 5 KM lari pagi tu. Baju memang basah kuyup. Berat Alhamdulillah turun( banyak air keluar ) hehe.

Alhamdulillah, program ni memang banyak mengajar saya cara cara yang BETUL dan MUDAH nak kuruskan badan. Dulu, ingatkan nak kurus ni sangat susah. Padahal tak cuba pun lagi. Sebab asyik tengok orang lain kata nak kurus, tapi tak kurus kurus jugak. Jadi otak ni dah set, kurus ni susah kot, tak payahlah buat. Rasa badan macam ni pun dah ok. Tak delah berat sangat kalau compare dengan orang lain. (bisik dalam hati)

Tapi bila dah kena 'Tazkirah' dengan coach, baru tahu apa sebenarnya sebab perlu kurus. Dalam 1001 sebab nak kurus, yang paling utama adalah nak sihat supaya senang nak beribadah kepada Allah. Part tu memang terus masuk ke jantung dan tembus ke hati. Dari saat tu, aim nak kurus ni mengarah kepada keselesaan dan kemudahan badan ni untuk beribadah. Dulu dapat rasa, kalau makan banyak sangat , memang susah nak buat solat solat sunat. 


Jadi , masa nak timbang pagi tu, perasaan dia Allah je yang tahu. Nervous yang amat. Tapi Alhamdulillah, berat turun sikit dari minggu lepas. Jadi, tercapailah hasrat yang diinginkan. Berikut adalah senarai berat badan selama 6 minggu dalam program ni

MINGGU 1 
Berat : 88.2 Kg

MINGGU 2
Berat : 85.0 Kg

MINGGU 3 
Berat 83.5 Kg

MINGGU 4 
( Tak sempat timbang )

MINGGU 5
Berat: 81.1Kg

MINGGU 6
Berat : 80.7 Kg

TOTAL PENURUNAN BERAT BADAN : 7.5 KG

Tengok result bertulis ni macam dah best. Tapi bila tengok gambar lagi rasa BEST. 


Pandangan Hadapan


Pandangan sisi


Pandangan Manja

Gambar perbezaan muka tu paling win. Kalau tengok masa minggu 1, dah macam orang jahat dalam cerita Kungfu Hustle. Yang ada teknik katak tu, ape ntah nama dia lupa. rasa macam berat je leher masa tu. Bila dah minggu 6 ni, ada nampak ketajaman sikit bahagian dagu tu sebab semuaair ( water retention ) kat situ dah dikeluarkan. Jadi nampak lah kurus sikit.


Jadi, saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada coach Dr Fadzlan Zamalin atas tunjuk ajar selama 6 minggu ni. Tidak lupa juga kepada Kevin Zahri yang menjemput blogger KBBA9 bersama sama untuk memerriahkan lagi cabaran jom kurus ini

Insyaallah segala ilmu itu akan dipraktikkan untuk masa hadapan, bukan sekadar untuk sihat tapi jugak untuk mendapat kesihatan demi memudahkan kita untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T.

1 comment:

  1. Tahniah, impian tercapai di awal tahun 2018 ni, semoga banyak lagi impian tercapai tahun ini..Amin..

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages